Wednesday, 23 November 2016

PUTERI LOLA

Di sebuah kampung terperinci sebuah rumah yang buruk. Di situ tinggalnya seorang puteri yang sangat cantik rupawan bersama keluarga tirinya. Lola merupakan anak tiri kepada Makcik Minah selepas ibunya meninggal dunia pada dua tahun yang lalu. Ayahnya mengahwini Makcik Minah yang merupakan seorang janda dan mempunyai seorang anak perempuan namanya Laila yang sebaya dengan Lola.

Lola, ambil semua baju aku ini dan kau pergi basuh di sungai sekarang, kata Laila kepada Lola.

Lola yang baru habis masak makanan tengahari terpaksa mengikuti arahan Laila. Laila sering membuli Lola ketika ayahnya pergi memburu di hutan. Selepas habis membasuh baju di sungai, Lola menyidai baju di ampaian yang berdekatan dengan rumahnya.



Laila pula sibuk dengan telefon pintar dia yang baru dibelikan oleh Lola sebagai hadiah hari jadi dengan duit simpanan Lola sambil menatap Lola yang baru berehat.

Lola mari sini, kenapa baju kurung aku itu tak bersih?? Kau pergi basuh semula!!, kata Laila kepada Lola.

"Laila baru sekejap tadi saya basuh baju kau Lola, badanku rasa penat dan saya lapar. Berilah aku sedikit masa untuk berehatdan makan" kata Lola kepada Laila.

Ahh!! Kau jangan bagi alasan!! Mak tengok Lola ini degil dan dia tak mahu basuh baju.

Makcik Minah yang baru makan tergesa-gesa datang ke ruang tamu untuk layan anaknya Laila sambil terkumat-kamit bercakap.

Lola nak kena marah dengan aku ke ??"Kau ingat kau boleh duduk dengan senang, dasar pemalas sama macam ibu kau", kata Makcik Minah kepada Lola.

Makcik Minah menarik rambut Lola dan menamparnya .

"Makcik jangan pukul saya dan memburukkan nama mak saya. Apa yang Makcik tahu mengenai mak saya??" kata Lola yang sedih kepada Makcik Minah.

"Kau pandai melawan cakap saya Lola! Geramnya aku sambil menarik Lola ke dapur." kata Makcik Minah.

Di dapur Makcik Minah menjirus air panas di tangan Lola.

"Aduh, sakit Makcik!! Lola minta maaf, maafkan saya Makcik" Lola merayu-rayu sambil menangis.

"Sekarang kau pergi basuh baju yang Laila bagi tadi!!" jerit Makcik Minah

Lola berlalu ke sungai sambil menangis teresak-esak. Laila hanya ketawa melihat kepergian Lola. Ketika di sunagai, Lola berasa sangat sedih dan terkenang maknya yang telah lama meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Lola ingin menggembirakan hati dirinya dengan menyanyi lagu yang diajari oleh mak semasa kecil dahulu. Lola juga bermula menyanyi dengan suaru yang merdu.


Tetiba, seorang anak Raja dan pengikutnya memburu bintang di keliling sungai, beliau tersedar dengan suaru wanita yang menyanyi dengan sungguh merdu.

Siapakah wahai puteri cantik rupawan? sapa anak Raja tersebut.

Lola yang duduk di atas batu, terkejut dan memperkenalkan dirinya kepada anak Raja yang berkelihatan kacak. Selepas itu, mereka sering bertemu dan bejatuh cinta. Perkhawinan Lola berlangsung dengan meriah. Lola yang dahulunya sekadar perempuan kampung telah bertukar menjadi seorang Puteri Raja.



Pada suatu hari, Lola terdengar riuhan dari luar halaman istana. Lola menuju ke luar istana dan ternampak Laila.

"Apa yang berlaku Laila?". tanya Lola kepada Laila.

"Pengawal izinkan beliau masuk ke dalam!" kata Lola kepada pengawal.

Laila menceritakan yang Makcik Minah jatuh sakit dan memerlukan bantuannya. Lola dan pengawalnya terus menuju ke kampung untuk membantu Makcik Minah. Bantuan Lola itu memberi kesedaran terhadap Makcik Minah.

"Lola, maafkan Makcik dan Laila kerana selalu menyakiti diri kau", tetapi kau masih ingin membantu Makcik. Lola, kau anak yang baik", kata Makcik Minah.

"Tidak apa, makcik tetap ibu saya" kata Lola.

Kesimpulannya, menjadi seorang yang baik seperti Lola kerana orang yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan janganlah jadi seperti Makcik Minah dan Laila yang sering menyakiti hati orang. Bersikap sabar dan tenang dengan apa yang berlaku kerana Tuhan akan membalas kebaikan kepada seseorang pada masa tertentu.

****TERIMA KASIH****

No comments:

Post a Comment